Wednesday, June 30, 2010

Selamat Pengantin Baru

… Selamat Pengantin Baru untuk Norzaiti binti Mohd Nor dan pasangannya, sajak (atau puisi?) dalam kad jemputan menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama,

 

Tak perlu mencari secantik Balqis

Andai diri tak sehebat Sulaiman,

mengapa mengharap teman setampan Yusof

Jika kasih tak setulus Zulaika,

Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim

Andai diri tak sekuat Siti Hajar,

Dan mengapa di dambakan teman hidup bak Siti Khadijah

Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W,

Bimbinglah dirinya dan terimalah

Kekurangan itu sebagai keunikan,

Carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah

Kerana di pertemukan dengannya,

Tetaplah berdoa pada tuhan agar dia akan

terus menjadi milikmu