Thursday, July 15, 2010

Semasa Temuduga

Pada hari temuduga , datang awal. pakai pakaian yang sesuai. Untuk lelaki baju kemeja , seluar slack . tali leher, kasut, Rambut sepatutnya bergunting pendek dan kemas.Untuk wanita.. jangan yang menjolok mata. Biar sopan.

Ada yang tak akan datang jadi bersedia untuk waktu temuduga dianjak ke hadapan.Yang tak datang tu kemungkinannya dah mendapat pekerjaan yang lebih baik.Selalunya calon-calon perlu mendaftar pada urusetia dahulu yang munkin akan mengagih temuduga mengikut bilik bilik tertentu jika calon ramai.

Semasa temuduga, calon akan diminta masuk ke bilik yang telah ditetapkan bersendirian ataupun secara berkumpulan. Jadi jangan terkejut.Selalunya calon akan berdepan dengan dua atau tiga orang penemuduga. Biasanya dua. Dalam menemuduga pelbagai kaedah boleh dijalankan, pertama semua penemuduga bertanya tentang pelbagai perkara dan memberi markah , atau seorang bertanya tentang kerja, bidang tugas dan sebagainya yang berkaitan dengan jawatan yang kita pohon sementara seorang lagi lebih kepada perkara-perkara am dan cuba menilai potensi sebenar kita. Walau apa caranya sekiranya kita telah membuat persediaan awal seperti yang telah diceritakan sebelum ini maka sepatutnya ok lah…

Jika nampak penemuduga sangat memihak kepada satu pandangan yang anda rasa sangat salah tak payah le nak bertengkar di situ…

Akhir kata selain daripada markah yang diperolehi dalam temuduga tersebut mungkin ada faktor-faktor lain yang menentukan sama ada kita terpilih atau tidak seperti jumlah kekosongan dan jantina . Jadi jangan putus asa dan mintalah pada Nya.

dan jangan lupa , 9 per 10 rezeki tu dalam perniagaan.

Monday, July 5, 2010

Bab sebelum temuduga

Sekarang ini jawatan jawatan disektor kerajaan adalah sangat popular di kalangan orang orang Melayu, adakah bangsa lain tidak berminat ataupun mungkin melihat sektor swasta lebih menjamin masa depan mereka.,

Satu senario yang biasa dihari temuduga ialah selain daripada calon calon yang hadir, pasangan-pasangan masing , anak dan juga ibu bapa yang turut hadir memberi sokongan moral dan keyakinan kepada calon. Ada juga yang mencari-cari kabel yang boleh membantu.

Terdapat calon-calon yang sedang bekerja yang gajinya sekarang mungkin sekali ganda daripada apa yang bakal diterima sekiranya beliau berjaya dipilih. Ramai pula sedang bekerja dan memperolehi gaji tak sampai setengah dari apa yang bakal diterima sekiranya berjaya dipilih. Gaji sebanyak RM450 hingga RM800 adalah angka-angka yang kerap didengar.

Apapun , pihak calon mestilah bersedia untuk ditemuduga, persediaan tidak bermula pada malam temuduga.. ianya bermula lebih awal lagi.. Ini adalah sedikit pandangan yang mungkin boleh membantu…

Pertama semasa mengisi borang pastikan gambil yang dikepilkan bersama itu adalah gambar yang sesuai. Anda nak minta kerja di Jabatan Kerajaan bukan nak masuk pertandingan AF. Tali leher, Baju yang berwarna lembut (puteh pun  ok) , rambut yang kemas..dan seterusnya.Sama bagi yang perempuan, jangan over sangat. Ini bukan pertadingan ratu cantik.

Kedua , bersedia untuk menjawab soalan tentang jawatan yang di pohon, Rujuklah di internet, cari laman web Kementeria atau Jabatan tu, cari Suruhanjaya Perkhidmatan yang mengurus temuduga itu (SPA-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah dua yang popular) Kerap kali ada laman web ini ada mencerita tentang senarai tugas jawatan yang dipohon. Pekeliling pekeliling yang berkaitan jika boleh disebut sudah pasti akan membuat anda nampak sangat bersedia.

Ketiga, pastikan  anda merujuk juga dengan orang yang sedang menjawat tugas tersebut. Contohnya jika memohon jawatan Pembantu Tadbir N17 di sekolah, anda harus boleh menyatakan pada penemuduga bahawa anda telah merujuk tentang tugas Pembantu Tadbir Sekolah kepada Pembantu Tadbir yang boleh anda namakan dan sedang bertugas di mana.

Keempat, Pastikan anda tahu tentang isu semasa , terutama yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon, isu –isu yang sedang hangat diperkatakan juga mestilah anda boleh ulas dengan agak baik. Isu-isu dalam surat khabar dalam masa 2 minggu sebelum temuduga wajib dibaca dan difahami.

Kelima , bawa semua sijil asal yang berkaitan, masukan dalam fail. Jangan tertinggal pula nanti.

Ingat , Jika anda mahu jawatan tersebut, anda harus berusaha untuknya. Jika anda dipanggil untuk temuda bermakna anda sudah layak, yang tinggal sekarang cuma untuk meyakinkan penemuduga bahawa andalah orang yang dicari.. Selepas beberapa soalan asas, penemuduga boleh meneka samaada calon bersedia atau tidak.

Next…. semasa temuduga