Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan menyambut BULAN RAMADHAN kepada semua umat Islam yang membaca email ini. Insyallah esok kita akan mula berpuasa, dan jangan lupa, puasa bukan sekadar puasa mulut daripada makan minum sahaja, tetapi juga puasa hati ;)
Sempena minggu menjana pendapatan ini, hari ini saya emailkan di bawah artikel ke-2 bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui Internet dari rumah, iaitu dengan menghasilkan ebook anda.
Email semalam menceritakan tentang menjana pendapatan melalui hak jualan semula, dan suka dimaklumkan bahawa, lesen hak jualan semula untuk kali ini hanya tinggal 2 sahaja sebelum kami menutup jualan lesen tersebut. Sekiranya anda masih berminat untuk mendapatkan lesen ini, klik di sini dan lakukan tempahan seawal mungkin sebelum kehabisan.
Salah satu sebab utama menajalankan perniagaan Internet adalah dapat meluangkan masa bersama keluarga. Semalam saya ada uploadkan gambar anak saya yang bongsu di blog yang baru menyambut hari lahir yang kedua... kalau nak tengok boleh klik di sini, dan saya juga ada ceritakan personally bagi saya, apa yang seronoknya menjalankan perniagaan Inetrnet dari rumah. Jumpa anda di blog ok!
Mudahan artikel kedua "Cara menjana pendapatan dari rumah" kali ini dapat memanfaatkan anda dan anda juga dapat menjana idea anda sendiri bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah bersama keluarga.Dalam 5 hari berturut-turut ini, saya akan email anda beberapa cara menjana pendapatan melalui Internet sempena bulan Ramadhan ini. Semoga ia dapat memanfaat kan anda.
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur
Cara jana pendapatan melalui Internet #2:
Menulis dan menjual ebook di Internet!
Menulis dan menjual ebook di Internet!
Artikel semalam meneceritakan bagaimana anda boleh menjual produk informasi (produk yang paling laris di Internet) tanpa perlu menulis ebook. Anda boleh melakukannya dengan mendapatkan resell rights atau hak jualan semula sesuatu ebook, dan menjadi seperti pemilik ebook tersebut dan menjual ebook itu dan mendapat 100% daripada keuntungan. Sekiranya anda terlepas artikel semalam, check kembali email anda atau klik di sini untuk melihat contoh bagi resell rights / hakjualan semula ebook Mentor Jutawan.
Artikel hari ini pula adalah khas sekiranya anda berminat menghasilkan ebook anda sendiri, dan menjualnya di Internet. Ya, ini juga merupakan salah satu cara yang amat popular menjana pendapatan melalui Internet- menjual informasi hasil tulisan anda.
Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya. Sebagai penulis, saya telah menghasilkan 5 buah buku yang di jual di kedai-kedai buku (bukan ebook). Termasuk, Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, Soal Jawab Perniagaan Internet, Nota Motivasi & Nota Kewangan.
Kesemua buku tersebut mendapat sambutan yang amat hebat di kedai-kedai buku. Namun, sebagai penulis, kita hanya menerima royalti dalam 7%-10% sahaja bagi setiap jualan buku. Daripada hasil jualan sebuah buku, mungkin royalti yang diterima adalah kurang daripada RM1.50 untuk sebuah buku. Jika terjual 1,000 buah buku, pendapatan adalah RM1,500.
Tetapi, kehebatan ebook utama adalah, anda tidak menerima royalti seperti buku tradisional. Anda menerima keuntungan penuh! Oleh kerana tiada kos untuk mencetak ebook dan juga menghantar ebook (ebook di hantar melalui email sahaja kepada pelanggan), maka, tiada kos jualan untuk setiap ebook. Ini bermakna, sekiranya ebook dijual pada harga RM40, maka, anda mendapat RM40!Sekiranya 1,000 ebook terjual, maka pendapatan bukan RM1,500 seperti buku tradisional, tetapi RM40,000!
Yang mana pilihan anda?
Terdapat bebagai-bagai topikyang boleh dijadikan ebook. Terlalu banyak, terutamanya ebook berbahasa Malaysia. Tip saya adalah untuk anda melihat kepakaran, pengalaman dan juga pengetahuan anda dan ubahkannya menjadi ebook. Contoh topik-topik ebook untuk memberi idea kepada anda dan anda juga boleh hasilkan lebih banyak idea lagi adalah seperti:
- Kaedah melangsingkan bada dalam masa 60 hari!
- Pelajari cara memilih kereta terpakai suapaya anda tidak tertipu!
- 55 Resepi masakan Thailand yang mudah dan pantas untuk di hasilkan!
- Mentor Jutawan- Temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia
- Kaedah senaman pantas untuk membina badan.
- Pelajari kaedah bermain gitar dengan langkah 1-2-3
... Dan banyak lagi! Tidak kira apa sahaja industri anda, pastinya anda mempunyai topik untuk dikongsikan, dan perkongsian tersebut boleh dilakukan melalui ebook!
Teringat saya satu ketika dulu ketika mengendalikan workshop perniagaan Internet saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di Internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, industri membuang sampah.
Tersentak juga saya kerana sering kali, saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing masing. Apabila mendengar jawapannya "Industri membuang sampah", saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!
Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen yang saya akan ceritakan tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea.
Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk infomasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata "Saya mempunyai idea nak jual apa di Internet. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!"
Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat "produk informasi" yang boleh dihasilkan.
Lihat dalam diri anda sendiri, industri anda dan minat anda, apakah informasi yang anda boleh jual di Internet? Hasilkan ebook dan mula menjana pendapatan daripada Internet hari ini!

Sekiranya anda ingin pelajari kaedah menulis ebook, pada bulan puasa ini, saya mengendalikan kursus mini pada hari Ahad ini di Vistana Hotel, Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepada anda cara-caranya. Maklumat lanjut di bawah...
Ahad, 15hb Ogos, Vistana Hotel, Kuala Lumpur
9.00 pagi - 1.00 tengah har
No comments:
Post a Comment