Sunday, August 22, 2010

Cara #4 Mulakan perniagaan Internet hari ini tanpa modal

Kita telah tiba ke hari #4 minggu menjana pendapatan. Sejak hari Isnin saya telah menghantar email kepada anda menjelaskan beberapa cara anda boleh menjana pendapatan melalui Internet dari rumah, dan hari ini, tiba pula cara #4. Sebelum itu, sedikit rumusan maklumat yang telah dikongsikan sejak 3 hari lepas...
  1. Menjana pendapatan dengan mendapatkan hak jualan semula/resell rights. Cara ini, anda dapatkan lesen hak jualan semula sesuatu produk informasi, dan menjual semula peroduk tersebut sempena mengaut 100% daripada keuntungan. Contoh implementasi adalah hak jualan semula ebook Mentor Jutawan di mana anda boleh terus memulakan perniagaan Internet serta merta. 
  2. Menjana pendapatan melalui menghasilkan ebook. Ebook merupakan produk paling laris di Internet. Sekiranya anda berminat atau mempunya maklumat yang ingin dikongsikan, apa kata sambil berkongsi, jana pendapatan juga melalui maklumat tersebut melalui ebook. Klik di sini untuk memulakan.
  3. Menjana pendapatan dengan menggandakan pelanggan perkhidmatan menggunakan Internet. Khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti ajen insurans, ajen kewangan, usahawan mlm, menjalankan perkhidmatan menjahit dan sebagainya. Internet boleh menambahkan prospek dan pelanggan kita dengan hanya memiliki laman web dan blog! Klik di sini untuk cara penggunaan sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk mlm.
Shahri, sekiranya anda terlepas ketiga-tiga cara ini oleh kerana agak sibuk dengan tugas harian, apa kata anda rujuk kembali 3 email yang telah di hantar kepada anda sejak hari Isnin lalu. Print email-email tersebut dan baca pada waktu lapang anda. Pastinya terdapat idea yang anda boleh guna pakai untuk diri anda menjana pendapatan ;)
 
Artikel saya kali ini adalah bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet secara serta merta! Tanpa sebarang modal... pastinya idea ini adalah menarik untuk ramai! ;)
 
 
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
 
 


Cara jana pendapatan melalui Internet #4:
Mulakan perniagaan Internet hari ini tanpa modal!
 
Adakah terdapat caranya memulakan perniagaan tanpa sebarang modal? Bunyinya agak mustahil bukan?
 
Artikel saya kali ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet tak kira, menjual apa sahaja, sama ada kamera, permainan, komputer, buku, apa sahaja tanpa modal. Dan yang lagi menarik, ia boleh dilakukan hari ini!
 
Bagaimanakah caranya?
 
Caranya adalah menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Perniagaan affiliate dalam kata mudahnya bermaksud, anda menjual produk dan perkhidmatan perniagaan yang sedia ada, dan anda menerima komisyen atas setiap jualan.
 
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual kamera, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual kamera, dan menjual kamera mereka. Anda akan mendapat komisyen. 
 
Sekiranya anda ingin menjual komputer, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual komputer, dan menjual komputer mereka. Anda akan mendapat komisyen. 
 
Sekiranya anda ingin menjual buku, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual buku, dan menjual buku mereka. Anda akan mendapat komisyen.
 
Tak kira apa sahaja produk atau perkhidmatan yang anda ingin jual di Internet, kini, terdapat berbagai-bagai program affiliate yang anda boleh sertai dan memulakan perniagaan anda!
 
Berminat hendak menjual kamera? Sertai program affiliate seperti Amazon.com di sini. Berminat  menjual permainan di Internet? Sertai program affiliate seperti Toys R Us di sini. Berminat menjual buku di Internet? Sertai program affiliate seperti Barnes & Nobel di sini.
 
Di atas adalah beberapa contoh sahaja perniagaan besar-besaran yang menjankan perniagaan berbentuk affiliate. Terdapat banyak lagi perniagaan yang lain yang juga turut memberi pulang komisyen yang lebih tinggi.
 
Program affiliate adalah percuma untuk disertai, oleh itu, tiada modal diperlukan. Apabila anda telah mendaftar secara percuma mana-mana program affiliate yang anda berminat (bukan sekadar contoh di atas sahaja),  anda boleh mempromosikannya di blog, laman web, facebook dan juga email anda!
 
Dengan hanya menyertai progam affiliate, anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal, hari ini!
 
Sekiranya ingin tahu strategi dan kaedah untuk berjaya dalam perniagaan berbentuk affiliate, pada minggu hadapan, saya akan kendalikan seminar untuk kumpulan yang kecil dan terhad. Seminar ini akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh memilih perniagaan affiliate yang terbaik, dan membina laman web terbaik secara percuma untuk mendapatkan pelanggan. Bukan sekadar itu sahaja, ia juga akan mendedahkan kaedah-kaedah promosi perniagaan affiliate anda secara percuma dan efektif! Maklumat lanjut di bawah.
 
Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal
Sabtu, 21hb Ogos, Vistana Hotel, Kuala Lumpur
9.00 pagi - 1.00 tengah hari 
Memulakan perniagaan seringkali tidak kesampaian oleh kerana kekurangan modal. Modal juga sering menjadi alasan tidak dapat memulakan perniagaan. Tahukah anda, melalui Internet, anda boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang modal?

Di seminar *terbaru* Perniagaan Internet Tanpa Modal, pakar perniagaan Internet Irfan Khairi akan mendedahkan strategi dan kaedah memulakan perniagaan Internet dari rumah tanpa anda mengeluarkan sebarang modal!

Lawati http://www.RahsiaInternet.com/tanpamodaluntuk keterangan lanjut atau hubungi En Azran di016-6966644

 
Email kali ini menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet tanpa modal. Insyaallah esok, akan di emailkan pula kaedah #5 menjana pendapatan melalui Internet. Esok adalah siri terakhir untuk minggu menjana pendapatan!
 
Sementara itu, sekiranya anda ingin menghadiri seminar perniagaan Internet bersama Irfan Khairi pada bulan Ramadhan ini, beliau mengendalikan seminar mini (separuh hari) untuk minggu-minggu yang akan datang. Berikut adalah maklumatnya...

No comments:

Post a Comment