Sunday, August 22, 2010

Cara #3 Gandakan pelanggan untuk perkhidmatan anda!

Mudahan hari pertama bulan Ramadhan ini di sambut dengan keceriaan dan kebahagiaan!
 
Sempena minggu menjana pendapatan ini, hari ini saya emailkan di bawah artikel ke-3 bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui Internet dari rumah, iaitu menggunakan Internet untuk menggandakan pendapatan anda sekiranya anda menjalankan perniagaan perkhidmatan kecil-kecilan, seperti menjahit, agen insurans, perniagaan MLM, penasihat kewangan, dan sebagainya!
 
Sedikit rumusan isi kandungan email saya sejak tiga hari lepas sempena minggu menjana pendapatan:
 
  1. Menjana pendapatan dengan mendapatkan hak jualan semula/resell rights. Cara ini, anda dapatkan lesen hak jualan semula sesuatu produk informasi, dan menjual semula peroduk tersebut sempena mengaut 100% daripada keuntungan. Contoh implementasi adalah hak jualan semula ebook Mentor Jutawan di mana anda boleh terus memulakan perniagaan Internet serta merta. 
  2. Menjana pendapatan melalui menghasilkan ebook. Ebook merupakan produk paling laris di Internet. Sekiranya anda berminat atau mempunya maklumat yang ingin dikongsikan, apa kata sambil berkongsi, jana pendapatan juga melalui maklumat tersebut melalui ebook. Klik di sini untuk memulakan. 
 
Mudahan artikel ketiga kali ini "Cara menjana pendapatan dari rumah" kali ini dapat memanfaatkan anda terutamanya sekiranya anda menjalankan atau merancang menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan dari rumah, seperti penasihat kewangan, agen insurans, perniagaan MLM, perkhidmatan menjahit dan sebagainya!
 
Dalam 5 hari berturut-turut ini, saya akan email anda beberapa cara menjana pendapatan melalui Internet sempena bulan Ramadhan ini. Semoga ia dapat memanfaat kan anda.
 
 
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 
 
 


Cara jana pendapatan melalui Internet #3:
Internet membantu menggandakan pelanggan untuk perkhidmatan anda!


Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti agen insurans, agen MLM, penasihat kewangan, agen hartanah dan sebagainya...yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan perkhidmatan di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang anda.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki perniagaan berbentuk perkhidmatan:

LAMAN WEB
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen MLM, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.

Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 17 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!

Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.
 
Segala maklumat perniagaan anda terkandung dalam laman web anda!

BLOG
Blog, atau Web Log (anda boleh daftar secara percuma di www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda di ruang Internet dan mempermudahkan mengubah prospek menjadi pelanggan. Anda boleh melihat contoh blog saya diwww.IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog www.IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 2,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 2,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 2,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan dan industri anda untuk manfaat orang ramai dan membina kredibiliti dan kepercayaan kepada perniagaan yang anda jalankan
 
Ramai yang tanya kepada saya, yang mana penting- Laman web atau blog? Jawapannya adalah, kedua-duanya penting dan akan mampu meningkatkan prospek dan pelanggan anda. ini adalah kerana keduanya mempunyai fungsi yang berbeza.
 
Blog berfungsi untuk mendapatkan prospek, manakala laman web pula adalah untuk mengubahkan prospek menjadi pelanggan!
 
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, anda juga boleh menggunakan Internet untuk melipatganda kan prospek dan downline anda terus daripada rumah dengan hanya menggunakan Internet. Pada Sabtu ini, saya akan menjalankan sesi seminar tertutup (terhad kepada beberapa penyertaan sahaja) khas bagi usahawan yang menjalankan perniagaan berbentuk MLM.
 
Seminar Lipat Ganda MLM bersama Irfan Khairi
Ahad, 15hb Ogos, 
Vistana Hotel, Kuala Lumpur
9.00 pagi - 1.00 tengah hari
 
 
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM dan mengalami masalah seperti:
  • Perniagaan MLM yang anda sertai tidak memberi pulangan seperti yang di harapkan?
  • Menyertai perniagaan MLM tetapi menghadapi kesukaran mendapatkan prospek?
  • Kesukaran menukarkan prospek menjadi downline anda?
  • Tidak mempunyai masa untuk mencari prospek di luar oleh kerana anda masih bekerja secara sepenuh masa di pejabat?
  • Sukar untuk menjual PRODUK perniagaan MLM anda?
  • Malu dan tidak pandai berhadapan dengan prospek secara bersemuka?
Ikuti Seminar Lipat Ganda MLM bersama Irfan Khairi dan ketahui kaedah yang efektif bagaimana anda boleh menambahkan jualan, prospek dan downline perniagaan MLM anda. Klik di sini untuk makulmat lanjut.
 
Lawati http://www.LipatGandaMLM.com untuk keterangan lanjut atau hubungi En Azran di 016-6966644 
 

 
Email kali ini menunjukkan kepada anda bagaimana menambahkan pendapatan untuk perniagaan berbentuk perkhidmatan dengan hanya memiliki laman web dan blog.Insyaallah esok, akan di emailkan pula kaedah #4 menjana pendapatan melalui Internet. Jadi, jangan lupa check email anda!
 
Sementara itu, sekiranya anda ingin menghadiri seminar perniagaan Internet bersama Irfan Khairi pada bulan Ramadhan ini, beliau mengendalikan seminar mini (separuh hari) untuk minggu-minggu yang akan datang. Berikut adalah maklumatnya...

No comments:

Post a Comment