Zaman ini, ramai yang telah memulakan perniagaan Internet. Namun, ada sebilangan yang sudah mempunyai laman web perniagaan Internet, tetapi masih sukar untuk mendapatkan pelanggan.
Sebab utama pelawat tidak membeli daripada sesebuah laman web adalah kerana isu "kepercayaan" atau "trust". Sekiranya pelawat apabila tiba di sesuatu laman web, tetapi mendapati laman web tersebut tidak meyakinkan, maka mereka akan beredar dari laman web itu tanpa membuat sebarang belian!
Shahri, tahukah anda bahawa 8 saat pertama adalah amat penting untuk untuk menarik perhatian pelawat laman web anda. Sekiranya dalam masa 8 saat, anda tidak berjaya menarik perhatian mereka, mereka akan beredar. Pastinya anda juga pernah mengalami ini, di mana anda memasuki sesebuah laman web, dan tidak sampai 8 saat, anda telah beredar darinya.
Ini adalah kerana dalam masa 8 saat tersebut, apa yang anda nampak tidak menarik minat anda, dan mengakibatkan anda beredar.
Hal ini sering terjadi di Internet dan banyak merugikan usahawan Internet yang memiliki laman web yang tidak profesional.
Dalam menarik pelawat menjadi pelanggan, langkah pertama anda adalah pastikan laman web anda kelihatan profesional!
-Irfan Khairi
Damansara, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment