Tuesday, August 3, 2010

Rezeki di mana-mana

Akhir Julai 2010 lalu saya dan rakan sepejabat saya telah pulang menghadiri satu mesyuarat di Port Dickson, semasa menunggu kapal terbang di LCCT rakan pejabat saya mengajak saya pergi makan dengan seorang pemandu teksi yang juga bekas jirannya. Cerita ini diceritakan oleh pemandu teksi itu kepada rakan saya dan seterusnya saya telah bertanyakan beberapa soalan untuk mendapat maklumat yang lebih lagi.

Menurut sahabat yang baru saya kenali ini (pemandu teksi tu..), beliau ada seorang pelanggan "regular" dari Bangkok yang selalunya akan menghubunginya bila sampai ke Malaysia. sahabat ini akan mengambil pelanggan ini sorang Mat Salleh warganegara Australia yang kini tinggal di Bangkok. Mat Salleh ini khabarnya dah pun berumahtangga dengan warga Thailand.

Apa yang menarik perhatian saya tentang Mat Salleh ini ialah tentang pekerjaanya. Kerja beliau ialah memasang LADAM KUDA lumba.Kononnya taukeh taukeh pemilik kuda lumba yang tentunya sangat berharga itu tidak mahu kuda mereka disentuh oleh orang yang tidak berpengalaman. Jadi tugas Cowboy Australia ini , apabila menerima panggilan daripada pemilik kuda lumba , akan segera menaiki kapal terbang ke negara yang memerlukannya. Disana dia akan ke ladang kuda berkenaan dan tugas ini mungkin memakan masa beberapa hari. Sebaik sahaja tamat kerjanya dia akan pulang ke Bangkok.Selalunya di Malaysia ini dia akan dipanggil ke ladang ladang kuda di kawasan Selangor. Kebetulan pada kali terakhir Mat Salleh ini sampai ke Malaysia destinasi selanjutnya ialah Singapore.

Menurut sahabat baru saya lagi, dia kenal 2 orang Mat Salleh yang mendapat rezeki cara tersebut. Mat Salleh yang kedua tinggal di Australia ( saya tak berapa ingat ), cuma yang ini dia bermalam di Hotel Hotel yang ada nama sahaja, sementara Mat Salleh yang pertama tadi tak kisah bermalam dimana.

Bayangkan upah yang diterima oleh kedua-dua orang ini.... cuma untuk PASANG LADAM KUDA. Tentunya mereka ialah orang orang yang di kenali MAHIR dalam kerjaya mereka dan tugas yang disempurnakan MEMUASKAN HATI PELANGGAN MEREKA. Tentu sekali mereka ini BOLEH DIHUBUNGI....

No comments:

Post a Comment