Sunday, August 22, 2010

Minggu cara menjana pendapatan di Internet

Minggu ini umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa. Minggu ini juga, untuk 5 hari berturut-turut saya akan email anda 5 kaedah menjana pendapatan daripada Internet.
 
Di musim perayaan sebegini, ramai yang ingin menjana pendapatan tambahan. Seperti email saya minggu lepas, saya menyebut bahawa, ketika musim perayaan, perbelanjaan bertambah akibat belian emosi yang bertambah. Oleh itu, untuk kita yang bekerja makan gaji, mungkin akan tercari-cari sumber pendapatan tambahan untuk musim perayaan, dan juga selepas perayaan.
 
Untuk minggu ini, dari hari ini Isnin sehingga Jumaat, saya akan kongsikan dengan anda 5 kaedah menjana pendapatan daripada Internet. Kebanyakan kita fikirkan hanya menjual beli barang seperti buku, produk kesihatan atau gadget di Internet sahaja cara menjana pendapatan, tetapi, terdapat beberapa cara lain juga untuk menjana pendapatan.
 
Ada cara menjana pendapatan yang memerlukan modal, dan jangan terkejut, ada juga cara yang tidak memerlukan modal, tetapi memerlukan masa kita. Ada juga yang memerlukan kita menghasilkan produk kita sendiri, tetapi ada juga cara kita boleh mulakan perniagaan di Internet tanpa ada produk sendiri. Dan ada juga cara yang kita boleh menjana pendapatan melalui menulis dan menjual informasi, iaitu produk yang paling laris di Internet, tetapi ada pula cara kita boleh menjual informasi di Internet, tanpa memerlukan kita menulis walau sedikit pun!
 
Dalam 5 hari berturut-turut ini, saya akan email anda beberapa cara menjana pendapatan melalui Internet sempena bulan Ramadhan ini. Semoga ia dapat memanfaat kan anda.
 
Untuk hari ini, saya mulakan dengan kaedah #1, iaitu cara memulakan perniagaan berbentuk informasi, tanpa perlu anda menulis!
 
 
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur
 

No comments:

Post a Comment